RSS

Sensasi

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Sensasi


Rumah Wardina Safiyyah dirompak 3 lelaki brsenjata parang dan tongkat

Posted: 12 Jan 2012 10:02 AM PST

rumah wardina dirompak

rumah wardina dirompak

rumah wardina dirompak



Siapa yang tak trauma dengan situasi begini.Dapat Sensasi bayangkan mcm mana berdebarnya dan kecut perut apabila melihat 3 lelaki asing masuk ke rumah bertopeng dan memegang parang dan tongkat..Ketika tue dalam pikiran mungkin diri bakal dicederakan atau org tersayang dicederakan.

Nasib baik Wardina dan anak-anak tak diapa-apakan.Namun suami Wardina,Ikhwan dipukul kerana perompak tak berpuas hati tiada barang kemas.Mungkin mereka memaksa suami Wardina mengeluarkan barangan kemas,namun takda jadi mereka pukul.

Wardina bergegas ke rumah jiran untuk meng-update status tentang rompakan tersebut melalui twitter.

Takziah diucapkan kepada Wardina.Dalam Facebook beliau ada menyatakan yang dia sedang cuba untuk redha dengan rompakan tersebut.

Banyakkan bersabar,berhati-hati dan buatlah pendinding rumah untuk elakkan kecurian dengan bacaan al-kursi di setiap penjuru rumah.

Semua nie dugaan untuk Wardina dan keluarga.

Dahlia Teck buat kejutan hari jadi untuk Apek

Posted: 12 Jan 2012 09:33 AM PST



Sebelum nie kita hanya tengok pasangan nie melalui gambar,kali nie boleh tengok Video pula.

Dahlia membuat kejutan hari jadi untuk Apek pada tanggal 6 Januari 2012 yang lepas untuk meraikan hari jadi Apek /Khairul Fahmi Che Mat yang ke 23.

Apek kelihatan manja dengan Dahlia,siap nak bersuap-suap kek lagi.Semoga pasangan nie cepat-cepatlah kahwin.Dengar kata Apek ada cakap kalau takda aral melintang dia nak kahwin cepat-cepat kalau bukan tahun nie,paling lambat pun tahun depan.

Dato' Siti Nurhaliza sambut harijadi di Dubai bersama suami

Posted: 12 Jan 2012 09:20 AM PST

Selamat hari jadi diucapkan kepada Dato' Siti yang ke 32 tahun.Datuk K membawa isteri kesayangannya untuk menyambut hari jadi di sana..
Nampak bahagia sangat pasangan nie.kesana sini sentiasa berdua.
Semoga pasangan Siti dan Datuk K cepat-cepat dapat menimang anak nanti.belum ada anak nie,boleh la melancong ke sana sini berdua.


Fazura berhenti berlakon kerana Kekasih?

Posted: 12 Jan 2012 09:16 AM PST

Mengakui filem lakonan terbarunya, "Bujang Telajak" akan menjadi filem pertama dan terakhir buatnya untuk tahun 2012, aktres jelita Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura menafikan keputusannya untuk menyepi dalam bidang lakonan bukanlah disebabkan permintaan kekasihnya yang merupakan seorang kerabat diraja, sebaliknya ia adalah demi menjaga hati ibunya.

"Sebenarnya ibu meminta agar saya tidak meneruskan kerjaya dalam dunia seni ini kerana tidak gemar dengan kisah atau gossip kurang enak mengenai saya. Apatah lagi ibu sudah berusia, jadi hatinya mudah sensitif sedikit apabila ada cerita kontroversi tersebar," tutur awal pelakon kelahiran Pekan, Pahang ini.

Fazura turut menjelaskan dia bukan sahaja menolak banyak tawaran berlakon filem malah turut menolak tawaran dalam bidang pengacaraan.

"Banyak tawaran yang saya tolak kerana watak yang diterima kurang menambat hati. Saya inginkan kelainan dan bukan watak stereotaip yang acapkali dibawa.

"Pendek kata saya masih menunggu skrip yang mampu membuatkan saya jatuh cinta kepadanya," jelas aktres "Gol & Gincu" yang sebelum ini turut menolak tawaran berlakon dalam filem terbaru arahan Bernard Chauly, "Istanbul Aku Datang".

Meskipun akan kurang aktif dalam bidang lakonan selepas ini, aktres berusia 29 tahun ini tetap memasang impian untuk melakonkan watak-watak mencabar seperti watak perempuan jahat.

"Saya teringin untuk melakonkan watak perempuan jahat yang nampak jahat di depan tapi sebenarnya baik dan begitu juga sebaliknya kerana saya mahu mendalami dan memahami sendiri pemikiran watak-watak sebegitu.

"Malangnya sehingga kini saya belum lagi mendapat tawaran sebegitu dan masih melekat dengan watak-watak yang saya lakonkan menerusi dua buah filem yang saya pernah lakonkan sebelum ini iaitu "Pisau Cukur" dan "Gol & Gincu"," ujarnya lagi ketika ditemui di tayangan media filem "Bujang Telajak" di GSC Signature, The Gardens semalam.
Ketika ditanya mengapa filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen menjadi filem pilihannya, Fazura menyatakan bahawa sudah lama dia berhasrat untuk berlakon dalam sebuah filem komedi ringan dan tidak merasakan dia mengambil risiko besar sehingga menjejaskan reputasinya yang sebelum ini dikenali sebagai seorang pelakon yang serius.

"Saya sebetulnya sudah lama teringin hendak mencuba berlakon dalam filem komedi ringan dan memang sudah lama ingin bekerja di bawah arahan A. Razak sejak dari dulu lagi memandangkan saya meminati filem arahannya, "Mami Jarum".

"Saya tidak merasakan saya mengambil risiko kerana percaya dia (A. Razak) seorang pengarah yang baik ditambah lagi dengan gandingan tiga orang pelakon dan pelawak hebat seperti Saiful Apek, Johan Raja Lawak dan Nabil Raja Lawak menjadikan filem ini sebuah filem komedi ringan yang hebat," kata Fazura mengakhiri perbualan.

Gambar Azza Elite dan Bakal suami, pramugara Air Asia

Posted: 12 Jan 2012 09:03 AM PST


Inilah dia bakal suami Azza Elite yang merupakan pramugara Air Asia,namanya Azlan Zulaily.
Azza dan Azlan bakal berkahwin pada 1 April akan datang.

Menurut Azzal sebelum ini,dia terpikat dengan Azlan kerana Azlan seorang yang comel.

Fasha Sandha dan Jejai sudah bernikah di Thailand?

Posted: 12 Jan 2012 08:40 AM PST

Mungkin ada betulnya cerita nie,tapi Sensasi tak dapat nak pastikan kesahihannya,Sumber dari seorang bekas wartawan hiburan iaitu Kak Jee.

Anggap je khabar angin sehinggalah empunya badan dah mengesahkannya ye.
Sebelum nie kisah cinta Fasha dan Jejai memang rumit.Kejap putus kejap sambung,masalah sebenar hubungan mereka nie dikatakan kerana keluarga Jejai tidak sukakan Fasha.

Fasha kerap kali makan hati dan rasa insecure dengan perhubungan yang dihalangi keluarga,mungkin kerana itu Jejai mengahwini Fasha di Thailand untuk mendapatkan ikatan sah supaya mereka berdua tidak terpisah lagi,

Walaubagaimanapun pernikahan mereka dirahsiakan kerana menjaga hati pihak keluarga,dan sedang mencuba memujuk keluarga agar memberi restu supaya mereka dapat berkahwin.dengarnya mereka sudah berkahwin beberapa bulan yang lepas.

Kalau betul lah berita pernikahan Fasha nie,Sensasi nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada mereka berdua.

Nak salahkan mereka pun tak boleh kan,sebab keluarga menghalang,daripada terus hidup tanpa ikatan lebih baik dirikan masjid.Apepun kene tunggu komen dari Fasha pulak lepas nie..


Dari blog Kjee:

Kenapalah Kjee tak terfikir selama ini? Baru2 ini Kjee ada tengok drama Cinta Elysya (macam tu ke eja). Tengok badan Fasha Sanda semacam jer. Dah macam bukan badan anak dara. Oppsss Kjee taklah kata badan dia dah gedebuk tetapi Kjee orang tua kan. So dapatlah detect sikit2

Semalam, Kjee ada post entry suruh dia cepat nikah dengan kekasihnya Jejai sebab dah boring sangat asyik baca story dia dan Jejai, kejap cinta kejap putus. Pastu cinta balik. Dan tetiba ada cerita pulak nak nikah.

And then, Kjee dapatlah citer seorang rakan FB kata mereka sudan kahwin. Kahwin? Kjee garu kepala. Kahwin? Kahwin ke nikah?

Hehehe ketawa dia. Dah nikahlah Kjee, kata teman tu. Isyhhh walaupun wartawan pencen tetapi hati naluri ni masih ada perasaan ingin tahu. Kemudian Kjee dapatlah citer tetapi taklah banyak sebab fren FB tu kata nanti dia tanya lagi mereka yang lebih tahu mengenai pernikahan itu. Depa nikah dah banyak bulan tapi tak ingat tarikh, katanya.

Jeng jeng jeng dia confirm yang FASHA DAN JEJAI SUDAH NIKAH di Thailand beberapa bulan yang lalu!! Nikah senyap2 sebab ada masalah. Kjee kata masalah keluarga ker sebab setahu Kjee, ibu Jejai tak suka Fasha! Opppsss maaf lah yer.

Fren FB tu kata sikit lebih kurang macam tu lah. Kononnya pasangan pengantin baru tu sedang berusaha mencari jalan mengatasi masalah keluarga itu. Itu menyebabkan Fasha susah sangat nak buat pengumuman. Maklumlah, bab2 keluarga ni amat sensitif.

Dan yang syoknya Kjee quote and unquote apa fren tu tulis semalam kat wall FB Kjee. Jangan korang nak cari sebab Kjee dah padam atas sebab2 tertentu.

Katanya sikit lebih kurang begini: "Kalau Jejai ada kat rumah Fasha, kereta Jejai akan ditudung (dengan cover kereta kot). So kalau nak tahu Jejai ada, intai2lah kereta2 kat dalam kawasan rumah Fasha.."

Oppsss kalau dah sah nikah (walaupun di Thailand, nikah tu sah kalau ada surat nikah), kenapa sampai nak sorok2 lagi kan? Biarlah kan? Tak payah sorok2. Buatnya ada yang nampak dan report kat pencegah maksiat, kan jadi hal pulak. Tapi kalau geng pencegah maksiat datang, pasti terkejut beruk muka mereka apabila Fasha dan Jejai keluarkan surat nikah.

Kepada Fasha dan Jejai, Selamat Pengantin Baru seandainya benar berita yang Kjee terima itu. Kami semua mendoakan agar Allah swt permudahkan usaha kalian untuk menjernihkan hubungan kekeluargaan selepas sah menjadi suami isteri. Restu keluarga terutama sekali ibu terlalu penting dalam sesebuah perkahwinan.

Pargaduhan Twitter di antara Zaquan Adha dengan Rita ,Rita tuduh Zaquan pernah membuntingkan perempuan lain

Posted: 12 Jan 2012 08:22 AM PST

Sekali lagi Kontroversi kekeluargaan terjadi kepada Rita dan Keluarga suaminya.Kalau sebelum ini Rita dikatakan bermasam muka dengan Mertua kemudian bergaduh pula dengan Ayu Raudhah dengan memberitahu kepada umum bahawa Ayu seorang yang berperangai tidak elok.

Kali ini Zaquan pula mencetus kemarahan Rita ,sekaligus memberi peluang kepada Rita untuk melemparkan tuduhan-tuduhan yang menyatakan bahawa Zaquan pernah membuntingkan perempuan yang bernama "M" kemudian menyuruhnya menggugurkan kandungan.
Selain Rita ada rakan Twitter Rita juga mengatakan "Si dia juga ada buat hal dengan kawan kite".

Zaquan akhirnya meminta Rita supaya menghentikan tuduhan yang boleh menjatuhkan maruahnya sebagai seorang yang dikenali.Kata Zaquan:

"Terlalu banyak tuduhan berbaur negatif yang dia (Rita) lemparkan kepada saya. Terus terang saya katakan, dengan apa yang ditulis dalam Twitter itu sebenarnya berbaur ugutan kepada saya.

"Sudahlah ibu dan ayah saya tidak sihat, jika mereka dapat tahu tentang hal ini, mereka pastinya kecewa," katanya

"Saya tak mahu komen tentang perbalahan kami ini. Orang ramai boleh menilai sendiri dengan apa yang ditulis dalam entri Twitter saya itu.

"Tuduhannya sudah melampau dan saya tidak boleh bersabar dengan dakwaannya itu. Kerana itu, saya membalas setiap apa yang dituduh," kata Zaquan.

Bagaimanapun, Zaquan mengakui dia menyesal dengan entri tersebut yang boleh mengundang suasana "panas" terhadap individu yang dimaksudkan.


Perang Twitter Zaquan dan Rita

rita aidil


rita aidil



rita aidil


zaquan rita


zaquan rita

zaquan rita


zaquan rita
zaquan rita



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan